Khamis, 2 April 2020

Metadologi

    Metadologi kajian merupakan penyelidikan kaedah yang terpenting dalam membuat sesuatu kajian. Dengan kata lain, metodologi ini melibatkan beberapa kaedah dan teknik dalam memperolehi sesuatu data atau maklumat seperti teknik mereka bentuk, mengumpul, dan menganalisis data yang dapat memperolehi bukti yang dapat menyokong sesuatu kajian. Oleh itu, melalui penggunaan metadologi ini dapat memberikan kefahaman yang kukuh dan luas serta terperinci dengan membuat huraian tentang proses kajian. Kaedah metadologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan, kaedah laman sesawang, kaedah pemerhatian.

KAEDAH KEPUSTAKAAN

    Bagi melengkapkan kajian ini supaya ia lebih tepat serta benar pengkaji telah menggunakan kaedah kepustakaan bagi mencari bahan maklumat yang kukuh berkaitan dengan tajuk kajian seperti buku, jurnal, tesis, surat khabar dan sebagainya.Bukan itu sahaja, pengkaji menggunakan kaedah ini juga bagi mencari berkenaan dengan definisi, atau maksud yang berkaitan tentang cara pengurusan alam pembelajaran yang dapat menjadi sumber bahan rujukan yang lebih sistematik.


KAEDAH LAMAN SESAWANG

     Penggunaan laman sesawang dapat membantu melengkapkan kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah laman sesawang iaitu  medium google,youtube dan sebagainya. Hal ini kerana, pengkaji menggunakan medium bagi mencari maklumat berkaitan pengurusan alam pembelajaran di sekolah secara lebih teliti dan benar.

KAEDAH PEMERHATIAN
   
     Pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian semasa menjalankan tugasan kajian. Kaedah pemerhatian yang diambil inisiatif oleh pengkaji iaitu dengan membuat pemerhatian berdasarkan medium you tube tentang pengurusan alam pembelajaran yang diamalkan di sekolah secara menyeluruh. Kaedah ini dipilih memandangkan ia dapat memberikan kemudahan dengan membuat penilaian secara spesifik berkenaan cara pengurusan alam pembelajaran yang lebih tepat diamalkan oleh sesebuah sekolah tersebut.










RUJUKAN

https://ustazkenali.wordpress.com/2013/06/30/apakah-maksud-metodologi/


https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-kajian-sarah/





Metadologi

    Metadologi kajian merupakan penyelidikan kaedah yang terpenting dalam membuat sesuatu kajian. Dengan kata lain, metodologi ini melibat...